Saturday, August 25, 2012

cinta remaja



ASSALAMUALAIKUM.. THIS MY FIRST POST.. ACTUALLY IM ALREADY KNOW ABOUT BLOGGER WORLD.. SO I NEEDT TO CREATE MY THIRD BLOG FOR MY SCINCE COM, ASSIGNMENT. HOPEFULLY U ALL WILL LIKE IT ^_^

Cinta di usia remaja adalah lumrah kehidupan. Namun demikian, percintaan remaja ketika masih belajar telah banyak menimbulkan polimik. Para psikologis berbelah bahagi tentang hal ini. Umumnya, konsep bercinta di usia remaja adalah lebih banyak mendatangkan keburukan daripaa kebaikan. Hal ini berlaku kerana adalah sukar untuk seseorang individu itu khususnya remaja untuk memfokuskan diri semasa belajar ketika sedang asyik bercinta. Namun demikian, terdapat juga kes-kes di mana remaja yang bercinta dapat memotivasikan diri mereka dalam pelajaran. Tetapi harus diingat hal ini (peningkatan prestasi pelajaran) tidak menunjukkan peratus yang tinggi. Secara keseluruhannya, dinasihatkan agar remaja khususnya bagi mereka yang sedang menuntut supaya dapat mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam percintaan.

Terdapat pelbagai faktor yang membuatkan remaja terjerumus ke dalam masalah percintaan. Antaranya ialah, tidak mempunyai jati diri yang benar-benar kental. Budaya terikut-ikut dengan kawan yang bercinta banyak menyumbang ke arah ini.Seterusnya terlupa kepada tujuan asal atau matlamat sebenar. Sepatutnya, di usia remajalah mereka harus fokus sepenuhnya kepada pelajaran demi masa depan yang gemilang. Selain itu, gagal mengawal emosi secara rasional dan matang. Percintaan adalah lumrah emosi seorang manusia. Namun demikian, timbul persoalan bagaiman pelajar mahu membahagikan masa dengan sempurna antara percintaan dan pengajian. Kekurangan kasih sayang dari keluarga dan didikan agama yang kurang dipraktiskan dalam kehidupan seharian antara faktor utama menebabkan remaja terjerumus ke dalam masalah cinta.

Islam tidak pernah melarang untuk bercinta kerana ini sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang cenderung kepada kasih sayang. Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyatakan hal ini. Namun demikian, menurut Islam percintaan adalah sesuatu yang murni dan suci. Islam membataskan pergaulan antara bukan muhrim. Pertemuan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim tanpa ada muhrim yang menemani wanita tersebut serta atas tujuan yang tidak perlu menurut syara' adalah dilarang sama sekali dengan tegas kerana seperti mana yang kita sedia maklum, syaitan akan turut hadir bersama.

Tidak dapat disangkal, banyak masalh timbul akibat fenomena percintaan di usia remaja. Antaranya termasuklah ponteng sekolah, ponteng kuliah, kes-kes khalwat, kes-kes penzinaan, buang anak, malahan sehingga dipaksa menajdi pelacur oleh teman lelaki. Untuk mengatasi masalah ini, penghayatan agama adalah jalan penyelesaian yang paling efisen. Bukankah hanya Pencipta yang lebih mengetahui jalan penyelesaian yang terbaik?

Namun seandainya remaja yang telah teribat dalam percintaan, maka menjadi satu tugas yang 'berat' bagi mereka untuk menyeimbangkan antara percintaan dan pelajaran. Antara langkah yang terbaik untuk membantu termasuklah menstrukturkan jadual belajar dengan lebih kemas, merujuk kepada ibu bapa, dan yang paling penting adalah saling nasit-menasihati antara satu sama lain tentang peri pentingnya menjaga kesucian maruah diri dan negara.

No comments: