Tuesday, August 28, 2012

aku dambakan cinta halal


Masalah hati sering dikaitkan dengan remaja..remaja yang di mana hidup di dunia yg penuh fasyar dan mungkar..

Bila berbicarakan tentang hati, saya teringang-ngiyang di fikiran akan penulisan Hanan Umairah yang merujuk kepada Ayat Baqarah 216:

" Jika kita merampas sesuatu nikmat sebelum tiba  masa yang sepatutnya, kita tidak akan merasa nikmatnya apabila masanya telah tiba"..
Kenyataan ini benar kerana apabila kita menikmati cinta sebelum ikatan pernikahan, maka kita tidak akan merasa perkara yang sama selepas pernikahan. Amalkan cinta yang halal dan asbab itu kamu akan merasa kemanisan dan ketulusan sebuah ikatan perkahwinan.

Memang tidak dinafikan cinta adalah keindahan, ianya hanya menjadi indah jika cinta itu halal dan jika sekiranya kita merasakan cinta itu indah apabila bercouple,maka keindahan itulah yang dibuaikan dan dialunkan oleh nafsu dan tipu daya syaitan.

"Tawanlah hati sebelum kita menjadi tawanan"
Mengapa kita sering memikirkan hal cinta?
Ianya adalah fitrah manusia kasih dan mengasihani tetapi janganlah dijadikan alasan untuk terjebak di alam couple yang lebih melalaikan..pemikiran sebegini biasa berlaku apabila kita meningkat remaja, walhal pada masa dan ketika penulis menulis coretan ini, jiwa bergelora dan meruntun apabila melihat ramai yang sedang "berbahagia"..akan tetapi aku yakin Allah sedang merencanakan sesuatu di dalam perjalanan hidup aku supaya hidup ini di jalan diredhai..

"Dunia ini diibaratkan seperti ladang dan kita( manusia ) sebagai petani dan di akhiratlah kita akan mengutip hasil nya"

Perasaan cinta bukanlah asing dalam diri manusia, semuanya pasti akan merasa tetapi apa yang membezakan ialah bagaimana menangani cinta..cinta secara halal mahupun cinta yang haram?..

KUNCIKAN PERASAAN...

perasaan ini pernah wujud dalam diri ini muncul secara tiba-tiba.normal kan..biarlah ku kuncikan perasaan ini terlebih dahulu..pernah ku baca jika kita mencintai seseorang biarlah kita mencintai nya secara diam,jika dia adalah jodoh kita..Allah akan merencanakan dia untuk kita..tetapi jika tidak,dia bukan lah milik kita..aku khuatir jika cinta dan rindu ini melebihi cinta ku kepada Illahi...bukan cinta berbicara melalui tutur dan kata tetapi biarlah cinta yang akan ku dapat itu adalah cinta yang nurani yang bersaksi dan berpaksikan ijab dan qabul.

Aku yakin sejauh mana pun aku merentasi, sekuat mana pun dia berlari dan gunung mana pun kami mendaki..jika dia adalah jodoh ku..kita akan bertemu jua wahai si bidadari..

Aku mengerti hidup ini lebih bererti dengan kurniaan dari Illahi..aku berdoa agar hati ini tidak mudah rapuh tika berpaling ke arah duniawi..perlu diingatkan dunia kita cari, akhirat kita berlari...
Biarlah aku menempuhi cinta ini bila aku lebih memahami cinta kepada Illahi.

Jika benar tiada jodoh,aku sering mengingatkan diri ini :
"patah tumbuh hilang berganti".Yang penting Allah sentiasa di sisi..


Cinta boleh menjadi adalah satu keindahan,
yang bisa menjadi kan mawar menjadi duri,

Cinta adalah satu anugerah,
jangan mengubah menjadi fitnah,

Cinta adalah muhibbah.
jangan ditukar menjadi musibah.

"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan
agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." -Imam Nawawi

Monday, August 27, 2012

batas pergaulan dalam islam


Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut Islam :
1. Menundukkan pandangan
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)
2. Menutup Aurat
ALLAH berfirman : ..dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.(Al-Ahzab : 59)
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis.
Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan
Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44)
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya.Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “Telah ditetapkan bagi setiap anak Adam bahagian dosa daripada zina yang pasti akan ditemuinya. Kedua mata dosanya melihat, kedua telinga dosanya mendengar, lidah dosanya membicarakannya, kedua tangan dosanya memegang, kedua kaki dosanya melangkah, dan hati dosanya membayangkan atau mengangan-angankan. Semua itu akan dinyatakan atau tidak oleh kemaluannya.” (Riwayat Muslim)
*Al-Bukhari juga meriwayatkan hadis ini secara ringkas.
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Saturday, August 25, 2012

tutuplah aurat wahai muslimah


Sungguh jelas dan tingginya martabat wanita muslim dalam Islam. Selaras dengan jawapan di atas, berikut adalah dalil yang memperelokkan hujah tersebut
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)
Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan perihal mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna).

Berikut beberapa hikmah menutup aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas secara ringkas:
1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa (Memuliakan Wanita). Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah.
Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan ALLAH. Maka, renungilah ayat berikut:
“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma’ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik” (09:67)
2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat (Mengelak Fitnah). “kerana itu mereka tidak di ganggu”. Bagi point yang kedua ini, saya ingin membawakan satu perumpamaan. Andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu “show” yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk “mendapatkan” wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya.
Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap berjilbab. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat. Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita, “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat).” (33:32)
3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim (Ketinggian Islam). “supaya mereka lebih mudah untuk dikenal” Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.
4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit (Hikmah dan Kelebihannya). Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda. Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif.
Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh ALLAH sejak lama dahulu lagi. Dan ianya terbukti tiada kesan sampingan.

Jadi, sebenarnya penolakkan untuk menutup aurat ialah satu kepalsuan yang nyata. Kepada yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna, satu saja soalan yang paling boleh dilontarkan kepada mereka. Cuba buktikan Adakah pemakaian yang menutup aurat itu boleh membahayakan kesihatan empunya diri ?, atau adakah dengan menutup aurat itu boleh mengugatkan keharmonian negara ? atau Adakah dengan menutup aurat tersebut menyebabkan ekonomi negara menjadi mundur?.
Tentu jawapannya tiada  isu untuk itu kan (menutup aurat)…
Jadi tepuk dada tanya Iman.. dan insyaAllah ini juga suatu peringatan buat si Renjuna yang juga mempunyai isteri dan anak perempuan yang perlu dididik mematuhi prinsip Islam.
WallahuAllam

cinta menurut pandangan islam

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan. 

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. 

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap. 

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w. 

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji. 

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam. 

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w. 

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. 

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa seperti pembunuhan kejam terhadap Allahyarham Norzi Ayu Md Nor baru-baru ini serta beberapa contoh yang lain.


credit : yayasan dakwah islamiah

cinta remaja



ASSALAMUALAIKUM.. THIS MY FIRST POST.. ACTUALLY IM ALREADY KNOW ABOUT BLOGGER WORLD.. SO I NEEDT TO CREATE MY THIRD BLOG FOR MY SCINCE COM, ASSIGNMENT. HOPEFULLY U ALL WILL LIKE IT ^_^

Cinta di usia remaja adalah lumrah kehidupan. Namun demikian, percintaan remaja ketika masih belajar telah banyak menimbulkan polimik. Para psikologis berbelah bahagi tentang hal ini. Umumnya, konsep bercinta di usia remaja adalah lebih banyak mendatangkan keburukan daripaa kebaikan. Hal ini berlaku kerana adalah sukar untuk seseorang individu itu khususnya remaja untuk memfokuskan diri semasa belajar ketika sedang asyik bercinta. Namun demikian, terdapat juga kes-kes di mana remaja yang bercinta dapat memotivasikan diri mereka dalam pelajaran. Tetapi harus diingat hal ini (peningkatan prestasi pelajaran) tidak menunjukkan peratus yang tinggi. Secara keseluruhannya, dinasihatkan agar remaja khususnya bagi mereka yang sedang menuntut supaya dapat mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam percintaan.

Terdapat pelbagai faktor yang membuatkan remaja terjerumus ke dalam masalah percintaan. Antaranya ialah, tidak mempunyai jati diri yang benar-benar kental. Budaya terikut-ikut dengan kawan yang bercinta banyak menyumbang ke arah ini.Seterusnya terlupa kepada tujuan asal atau matlamat sebenar. Sepatutnya, di usia remajalah mereka harus fokus sepenuhnya kepada pelajaran demi masa depan yang gemilang. Selain itu, gagal mengawal emosi secara rasional dan matang. Percintaan adalah lumrah emosi seorang manusia. Namun demikian, timbul persoalan bagaiman pelajar mahu membahagikan masa dengan sempurna antara percintaan dan pengajian. Kekurangan kasih sayang dari keluarga dan didikan agama yang kurang dipraktiskan dalam kehidupan seharian antara faktor utama menebabkan remaja terjerumus ke dalam masalah cinta.

Islam tidak pernah melarang untuk bercinta kerana ini sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang cenderung kepada kasih sayang. Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyatakan hal ini. Namun demikian, menurut Islam percintaan adalah sesuatu yang murni dan suci. Islam membataskan pergaulan antara bukan muhrim. Pertemuan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim tanpa ada muhrim yang menemani wanita tersebut serta atas tujuan yang tidak perlu menurut syara' adalah dilarang sama sekali dengan tegas kerana seperti mana yang kita sedia maklum, syaitan akan turut hadir bersama.

Tidak dapat disangkal, banyak masalh timbul akibat fenomena percintaan di usia remaja. Antaranya termasuklah ponteng sekolah, ponteng kuliah, kes-kes khalwat, kes-kes penzinaan, buang anak, malahan sehingga dipaksa menajdi pelacur oleh teman lelaki. Untuk mengatasi masalah ini, penghayatan agama adalah jalan penyelesaian yang paling efisen. Bukankah hanya Pencipta yang lebih mengetahui jalan penyelesaian yang terbaik?

Namun seandainya remaja yang telah teribat dalam percintaan, maka menjadi satu tugas yang 'berat' bagi mereka untuk menyeimbangkan antara percintaan dan pelajaran. Antara langkah yang terbaik untuk membantu termasuklah menstrukturkan jadual belajar dengan lebih kemas, merujuk kepada ibu bapa, dan yang paling penting adalah saling nasit-menasihati antara satu sama lain tentang peri pentingnya menjaga kesucian maruah diri dan negara.