Sunday, September 16, 2012

sikap remaja kita


Assalamualaikum... hari ni dah 16/9/2012... so sis kna balik KMK dah... btw, selamat hari 1 malaysia ea...dan sannah helwah kpada Nor Amira Ghazali.... hehe



REMAJA atau belia adalah pelapis generasi hari ini, mereka adalah generasi masa depan yang bakal menerajui kepemimpinan negara. Mereka juga sebagai penggerak generasi seterusnya bukan sahaja dalam konteks negara tetapi juga dalam aspek agama dan insan. Tanpa kehadiran mereka, generasi akan goyah dan tanpa mereka juga negara akan pincang. Pentingnya remaja atau belia mengisi perjalanan hidup yang bakal mereka tempuhi kelak adalah terletak di atas bahu mereka, ke mana arah tujuan mereka, merekalah yang perlu dipertanggungjawabkan.

Remaja hari ini amat berbeza dengan remaja zaman lampau walaupun sekadar perubahan zaman dan masa. Remaja hari ini banyak terdedah kepada persekitaran, pergaulan dan perubahan teknologi yang begitu ketara. Remaja yang cekal sahaja akan dapat meneruskan perjalanan tersebut. Ini kerana, mereka bukan sahaja dicengkam oleh teknologi yang melalaikan, namun dalam masa yang sama turut ditekan oleh anasir luar yang ingin melihat remaja-remaja Islam khususnya terumbang-ambing dipukul gelombang dunia yang akan menghanyutkan dan menguburkan mereka ke dasar dunia yang tidak bertepi.

Seharusnya remaja-remaja Islam perlu berhati-hati dalam setiap langkah dan tindak-tanduk mereka. Mereka sebenarnya sentiasa dalam pemerhatian pihak yang antikan Islam lalu menjadikan remaja Islam sebagai mangsa dan kuda tunggangan. Berita-berita tentang berlakunya tentang penzinaan dan persetubuhan haram, perbuatan membuang bayi dan ada remaja yang dikatakan keluar dari agama Islam semata-mata terpengaruh dengan hasutan dan dakyah Barat untuk mencemarkan imej Islam dan penganut-penganutnya yang lain.

Setiap remaa perlu fokus dan berfikir, untuk apa mereka hidup. Adakah sekadar untuk menikmati kehidupan dunia. Mereka yang lahir, dapat bernafas dan melangkah di alam ini mempunyai tujuan tertentu. Mereka tentunya jangan lupa, amalan yang diwajibkan ke atas mereka perlu ditunaikan. Namun, melihatkan remaja-remaja Islam hari ini yang sememangnya terumbang-ambing seolah-olah hidup mereka tidak mempunyai tujuannya dan ke mana pula mereka selepas hidup nanti?

Ada remaja yang sanggup membanting tulang sekadar untuk mendapatkan rezeki tetapi meninggalkan suruhan seperti solat lima waktu, malahan ada yang enggan berpuasa dan sebagainya. Kerana kelalaian merekakah atau berpunca dari sikap kedua-dua orang yang sentiasa dilalaikan dengan kemewahan duniawi tanpa menitikberatkan kehidupan ukhrawi yang bakal mereka tempuhi nanti.

Hari ini, selain remaja kita lalai dengan kemewahan dunia malah ada di antaranya yang meninggalkan solat dan melakukan maksiat. Malahan mereka sering beranggapan "hidup hanya sekali" marilah sama-sama habiskan sisa-sisa hidup dengan berfoya-foya dan bersandiwara. Hal seumpama ini disebabkan kemodenan dunia yang semakin ketara dan mencengkam jiwa remaja, lantas remaja kita menggunakan kesempatan itu untuk membazirkan masa. Hasil aktiviti Yahudi yang sentiasa memusuhi Islam dan penganut-penganutnya digunakan sepenuhnya untuk menyekat kebangkitan Islam. Bagi Yahudi dan kuncu-kuncunya, mereka tidak berpuas hati jika kebangkitan Islam itu boleh menggugat kedudukan mereka, tanpa banyak bicara mereka cuba merancang pelbagai cara dan melancarkan agenda supaya Islam dan penganut-penganutnya kacau-bilau dan terus merana.

Kini golongan remaja Islam menjadi sasaran Yahudi yang sentiasa iri hati. Mereka akan cuba memperdaya remaja-remaja Islam kita dengan apa jua tindakan sama ada melalui ceramah, saluran media cetak, elektronik dan maya (internet) serta menyebarkan fahaman songsang untuk tujuan berlakunya perkelahian sesama Islam. Remaja yang cekal akan selamat, sebalik bagi remaja yang mudah termakan pujuk dan terjebak mereka pasti kecundang.

Benarlah menurut sebuah hadis dari Ali r.a, katanya: Saya mendengar Rasulullah S.A.W  bersabda yang bermaksud:

"Akan timbul pada akhir zaman golongan pemuda yang kurang akal. Mereka mengucapkan perkataan yang amat baik. Mereka keluar dari Islam bagai panah keluar dari busarnya. Keimanan mereka tiada melampaui kerongkongannya. Bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai. Sesungguhnya siapa yang membunuh mereka memperoleh pahala di hari Kiamat". (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Di antara gejala yang sering mengancam kelakuan dan telah menjadi ikutan remaja kini seperti suka membuang masa, lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki. Tabiat merokok juga menjadi satu igauan ngeri, kerana bukan sahaja remaja-remaja merokok tetapi kanak-kanak di bangku sekolah rendah juga turut merokok.

Membicarakan tentang masa yang dianggap berguna, masa yang berlalu tidak akan dapat diputar kembali pada kedudukannya, sebab itulah pepatah ada menyebutkan "masa itu emas" dan "masa itu tidak akan menunggu kita" adalah beberapa pepatah yang sering kita dengar. Ini menunjukkan masa yang dibiarkan berlalu akan mendatangkan kerugian kepada manusia.

Kerana itu, Al-Quran telah menggariskan tentang kepentingan masa terhadap manusia. Kerugian yang didapati oleh manusia disebabkan ia tidak diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat, ini termasuklah amalan-amalan yang soleh yang lebih berfaedah untuk mereka. Dalam hal ini Allah S.W.T  berfirman yang bermaksud:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran". (Surah Al-Asr: ayat 1-3)

Sikap gemar membuang masa pada hakikatnya boleh memberikan gambaran imej yang tidak sihat, menjatuhkan maruah diri sendiri, keluarga, agama dan negara. Remaja-remaja tidak sewajarnya mengamalkan sikap meremehkan masa yang berguna dan menghabiskan usia muda mereka kepada perkara-perkara yang tidak bermanfaat, membazir dan melakukan maksiat.

Bagi individu yang bekerja tentunya akan memahami konsep pentingnya masa. Seorang pekerja tidak akan membohongi majikannya semata-mata untuk curi tulang, masa telah terbuang, kerja tidak dapat dihabiskan tetapi upah dan gaji diterima. Tetapi bagi remaja yang tidak bekerja, menjadi lazimnya mereka meremehkan soal-soal ibadat dan majlis-majlis ilmu, tetapi mengutamakan kegiatan sosial dan hiburan.

Golongan remaja patut bertindak dari sekarang kerana mereka mempunyai kesempurnaan dalam segala hal seperti tenaga yang masih banyak, fikiran tajam dan bernas serta mempunyai perasaan yang sempurna.

Sejajar kepentingan masa dan manfaatnya kepada manusia, remaja wajar merebut masa itu dari terus berlalu begitu sahaja. Sebuah hadis yang diberitakan daripada Amr ibni Maimun r.a, Rasulullah S.A.W  bersabda yang bermaksud:

"Rebutlah masa yang lima sebelum masa yang lima mendatang, iaitu waktu mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kamu masih berada sebelum kamu fakir, masa lapangmu sebelum masa sibuk dan masa kamu masih hidup sebelum maut menjemputmu".

Oleh kerana betapa besarnya kepentingan masa dalam kehidupan manusia, amalan yang baik perlu dilaksanakan secara ikhlas. Walaupun di waktu muda kelihatan gagah dan cantik pada pandangan mata tetapi ia tidak akan tahan lama dan pasti luntur juga. Begitu juga jika dikatakan tubuh yang sihat, namun pada ketika-ketikanya kesihatan turut terganggu akibat serangan penyakit yang tidak diduga oleh kita.

Di samping itu, menggunakan masa yang lapang untuk melakukan ibadat yang sepatutnya sememangnya perlu diteruskan. Ini kerana, apabila tibanya masa yang sibuk tentunya membantutkan masa yang lapang dan pada ketika itu fikiran juga terganggu dan bercelaru. Sebelum kematian menjemput seseorang, hidup ini hendaklah dipergunakan untuk perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Menyedari hakikat tersebut, umat-umat Islam di zaman ini hanya dapat hidup dalam usia yang terbatas iaitu di antara enam puluh dan tujuh puluh tahun sahaja. Baginda Rasulullah S.A.W  sendiri wafat sewaktu berusia enam puluh tiga tahun dalilnya di dalam sebuah hadis Baginda S.A.W  yang bermaksud:

"Masa penuaian umur umatku dari enam puluh hingga tujuh puluh tahun".

Ini membuktikan bahawa betapa pentingnya masa itu dipergunakan kepada sesuatu amalan yang mendatangkan manfaat. Ini kerana, amalan baik yang dilakukan di dunia ini menjadi bekalan dan jambatan untuk ke negeri akhirat nanti. Tetapi seandainya kehidupan yang terlalu singkat ini kita cuba melengah-lengahkan dan mengabaikannya apatah lagi ibadat yang dilakukan sebelum ini belum tentu bermutu sepenuhnya, bilakah kita akan menunaikan dan menjelaskan segala hutan-hutang Allah S.W.T.  Sedangkan hutang Allah wajib ditunaikan sebagaimana sabda Nabi S.A.W  dalam sebuah hadis bermaksud:

"Maka hutang Allah adalah lebih patut engkau jelaskan (bayar)". (Hadis riwayat Imam Muslim)

Allah S.W.T  malah Rasulullah S.A.W  sendiri menyuruh umat-umat Islam tidak kira seorang remaja mahupun golongan dewasa supaya sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan ibadat dan kebaikan kerana amalan berkenaan amat bermanfaat kepada mereka sendiri. Firman Allah bermaksud:

"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan". (Surah Al-Baqarah: ayat 148)

Dalam pada itu, agar kehidupan tidak berlalu dengan sia-sia, umat-umat Islam sentiasa diperingatkan supaya sentiasa berlumba-lumba mencari ilmu yang bermanfaat bukan sahaja untuk masa depan tetapi ia amat bernilai untuk keperluan sejagat apatah lagi Islam amat menuntut umat-umatnya mencari ilmu sebanyak mungkin. Perintah mencari ilmu ini telah ditimbulkan dalam sebuah hadis Nabi S.A.W  yang bermaksud:

"Carilah ilmu walaupun antara dirimu dengan ilmu itu ada lautan api".

Bahkan dengan mempelajari ilmu itu pula merupakan satu kebaikan nyata dan satu-satunya ibadah yang sangat-sangat dituntut di dalam Islam. Dalam konteks ini, sebuah hadis yang diterima daripada Mu'adz bin Jabat r.a, katanya Rasulullah S.A.W  bersabda:

"Pelajarilah ilmu itu dengan sungguh-sungguh, sebab mempelajarinya dengan sungguh-sungguh kerana Allah adalah suatu kebaikan. Adapun mentadaruskan ilmu itu adalah tasbih, membahasnya adalah jihad, sedangkan menuntutnya adalah ibadah. Adapun mengajarkan ilmu sama dengan bersedekah, memberikan ilmu kepada ahlinya adalah suatu korban, memikirkan ilmu menyamai puasa, muzakarah ilmu sama dengan mengerjakan sembahyang sunat".

Di samping itu, remaja yang berakhlak sempurna tidak mudah terpedaya dengan segala dakyah yang disesatkan dalam segala program yang mereka lalui. Salah satunya adalah berhubung dengan soal berpakaian. Jika pada masa dulu, remaja gemar berambut panjang sehingga ke bahu tetapi sejak akhir-akhir ini pula, remaja didombakan dengan karenah berpakaian yang menjolok mata, sama ada lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki.

Penularan gejala seumpama ini menyebabkan mereka terbawa-bawa dengan tingkahlaku yang tidak sempurna. Bukan sahaja mereka terkeliru, sebenarnya mereka dikelirukan oleh budaya songsang yang dibawa oleh Barat yang terdiri daripada golongan Yahudi dan Kristian. Golongan ini menyalurkan fahaman kononnya pakaian adalah menjadi kelaziman, tidak sepatutnya Islam menitikberatkannya asalkan menutup aurat.

Masalah menutup aurat memang perkara utama, tetapi pakaian yang menjolok mata juga amat diberikan perhatian di dalam Islam. Ini kerana, jika berpakaian tidak senonoh akan mewujudkan gejala kurang sihat seperti berlakunya rogol dan mencabul kehormatan. Sebab itulah, dari awal lagi Islam menitikberatkan soal-soal berpakaian. Rasulullah S.A.W  mengutuk umat-umat Islam khususnya di kalangan gadis-gadis dan wanita yang mengenakan pakaian tidak sesuai. Sebuah hadis yang diberitakan daripada Ibnu Abbas r.a, katanya: "Rasulullah S.A.W  mengutuk laki-laki yang berpakaian seperti wanita dan wanita berpakaian seperti laki-laki". (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Dalam konteks ini menunjukkan banyak hal-hal yang buruk telah dilakukan oleh manusia tanpa disedari, biarpun menurut mereka tidak melakukannya. Sedangkan bagi Allah S.W.T  hal yang buruk itu tidak sama. Firman Allah S.W.T  yang bermaksud:

"Katakan: Yang buruk dan yang baik tiada sama, biarpun hatimu tertarik kerana (melihat) banyaknya yang buruk itu, sebab itu patuhlah kepada Allah, hai orang-orang yang berakal supaya kamu beruntung".
(Surah Al-Maidah: ayat 100)

Seterusnya, masalah yang masih menghantui kalangan remaja-remaja Islam hari ini berhubung dengan tabiat merokok. Tabiat ini bukan sahaja dilakukan oleh remaja-remaja lelaki tetapi gadis-gadis remaja dan kanak-kanak juga turut merokok disebabkan pengaruh dan dakyah yang disebarkan oleh Yahudi dan Kristian yang sengaja ingin melihat remaja-remaja kita berfikiran lesu dengan merokok. Sedangkan tabiat merokok adalah suatu perbuatan ke arah pembaziran. Firman Allah S.W.T  yang bermaksud:

"Dan berilah jiran-jiran kamu haknya, dan orang-orang miskin, dan orang yang berjuang di jalan Allah dan janganlah anda melakukan pembaziran. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu bagi Tuhanmu golongan kafir". (Surah Al-Isra': ayat 26-27)

Merokok ditakrifkan sebagai satu perbuatan yang buruk dan kotor. Islam sendiri mengharamkan benda-benda yang buruk dan kotor serta menghalalkan hanya benda-benda yang baik. Firman Allah bermaksud:

"Mereka menyuruh dengan kebaikan dan menegah dari kemungkaran, dan Allah menghalalkan bagimu benda-benda yang baik dan mengharamkan ke atasmu benda-benda yang jijik-jijik dan kotor".
(Surah Al-'Araf: ayat 157)

Allah S.W.T  dan Nabi S.A.W  sentiasa berharap umat-umat Islam menuruti jalan yang lurus, akur kepada suruhan Allah S.W.T  supaya mereka tidak tersesat, sementara larangan dan kemungkaran hendaklah dijauhi agar terpelihara dari kejahatan dan siksaan Allah. Firman-Nya yang bermaksud:    
 
"Sesungguhnya inilah jalan yang lurus maka turutlah. Dan janganlah kamu turutkan jalan-jalan (yang lain) kerana nanti kamu terpisah dari jalan Allah. Itulah yang diperintahkan Tuhan kepada kamu, mudah-mudahan kamu terpelihara (dari kejahatan)". (Surah Al-An'am: ayat 153)

Kerana itu, setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini hendaklah sentiasa beringat dari melakukan perbuatan di luar batasan. Hidup di dunia ini adalah sebagai suatu cubaan semata-mata. Suatu masa kelak, manusia akan dibangkitkan dari bumi ini juga. Firman Allah bermaksud:

"Tuhan mengatakan: Di bumi itu kamu hidup, dan di bumi itu kamu mati dan dari bumi itu pula kamu nanti dibangkitkan". (Surah Al-A'raaf: ayat 25)

Justeru, kehidupan manusia di dunia ini bukanlah kehidupan yang sengaja diada-adakan oleh Allah S.W.T. Sebaliknya suatu masa yang ditetapkan, setiap manusia akan dibicarakan di mahkamah Allah tentang amalan-amalan yang pernah atau tidak pernah dilakukan oleh manusia semasa tinggal di dunia dulu. Di sana manusia tidak dapat berdolak-dalik atau berbohong terhadap kerana setiap perlakuan tersebut telah tercatat dan tersusun rapi. Setiap amalan yang baik yang pernah dikerjakan oleh manusia semasa di dunia dulu akan memperolehi kebaikannya dan sekiranya kejahatan yang menjadi pilihan, balasan siksa yang teramat pedih sesuai dengan perbuatan masing-masing.
   

Saturday, September 15, 2012

tanda hati keras membantu ^_^


assalamualaikum... hari ni 15 september 2012... means esok sis akan pulang ke kolej matrikulasi kedah.. isnin ni dah mula kuliah.. so sis nak kongsi la ngn korang sikit ilmu ni.. jom scroll ke bawah.. ^_^

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya.

Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126).

Saturday, September 8, 2012

hati vs perasaan


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis

8 Petanda Dia Adalah Soulmate (Jodoh) Kamu


Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

#Petanda 1#
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama- sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu! 

#Petanda 2#
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat- buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu! 

#Petanda 3#
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu... 

#Petanda 4#
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat. 

#Petanda 5#
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya... 

#Petanda 6#
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu- malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya.. 

#Petanda 7#
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama! 

#Petanda 8#
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya? 

Nota: "Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam,bukan dari kepalanya utk dijunjung diatasnya,bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi disisnya utk dijadikan teman hidupnya,dekat pada lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya utk dicintai"

tafsiran mimpi menurut islam


assalmualaikum~

Terdapat tiga mimpi yang tidak ditakbir atau ditafsir iaitu :

1. Perkara yang dicita-cita pada siang hari maka terbawa-bawa ke dalam mimpi pada malam harinya atau seseorang yang sakit tenat. 

2. Seseorang yang belum lagi mandi junub kerana ketika itu syaitan bersama-sama pada anggotanya. 

3. Raja yang zalim atau menteri yang zalim.


"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya."
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.

Mimpi 

Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa. Bukti kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya :

"Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman", maksud Surah al-Fath, ayat 27.

Secara umumnya, mimpi berlaku apabila seseorang itu sedang tidur. Boleh juga berlaku dalam situasi lain, seperti ketika pengsan, mabuk, nazak dan sebagainya, dengan syarat physically unconscious or semi-conscious.

Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata 'menjenguk' (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas. Ibarat seseorang yang kakinya berada dalam air tapi dari kepala sampai ke pinggang berada atas permukaan air. Atau, ibarat kaki kanan kat dalam air tapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang bermimpi, sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar tubuhnya.

Menarik Minat   

Mimpi merupakan suatu aktiviti rohani atau rahsia kejiwaan yang amat menarik minat manusia dari semenjak kewujudan manusia di muka bumi ini. Ianya telah menjadi tema perbualan dan juga renungan, baik kepada golongan muda mahupun kepada golongan yang telah berusia, di sepanjang zaman. Manusia keseluruhanya bermimpi, hatta makhluk Allah swt. yang lain pun bermimpi, kucing dan sebagainya. Kadangkala mimpi itu menggembirakan dan kadangkala tidak, kadangkala mimpi itu tidak dapat difahami dan di tafsirkan, kadangkala mimpi itu juga penuh misteri dan simbolik sehinggakan agak sukar bagi kita sebagai umat manusia untuk menafsirkan makna di sebalik setiap kejadiaan mimpi tersebut.

Pada umumnya setiap daripada kita ingin mengetahui rahsia mimpinya, dan kerana itu juga, sejak zaman dahulu lagi muncul berbagai-bagai percubaan mentafsirkan mimpi telah dilakukan, yang mana akhirnya mewujudkan tukang-tukang takbir mimpi yang menjadikan pentadbiran mimpi sebagai kerjaya. Dan sejak itu orang ramai semakin memberi perhatian yang berat kepada mimpi-mimpi mereka terutama dalam kalangan istana-istana dan pembesar-pembesar. Setiap mimpi yang aneh dicari akan tafsirannya kepada pentadbir tafsiran mimpi. Kerana itu kisah-kisah dan hikayat-hikayat lama penuh dengan cerita-cerita pengembaraan yang bermula dari mimpi-mimpi yang aneh.

Campur Aduk

Kemudian tafsiran mimpi berubah menjadi tradisi-tradisi yang dicampur aduk di antara dongeng dengan yang sebenar hingga menimbulkan kegelisahan dan kekeliruan kepada khalayak ramai. Oleh itu untuk menghindarkan manusia dari kesesatan, Allah swt. telah mengajar ilmu-ilmu tadbir mimpi sebenar kepada sesetengah para anbia'Nya seperti Nabi Yusof as. yang meramalkan bencana kemarau tujuh tahun dan Nabi Armia yang meramalkan kehancuran Bani Israil, tetapi ramalan para anbia' bukanlah ramalan-ramalan malah ramalan itu adalah pemberitaan yang tetap benar dari Allah swt. dalam bentuk yang simbolik.

Berdasarkan qias dengan takbir-takbir mimpi anbia' dan dengan tamthil-tamthil yang dipakai dalam al-Quran dan hadis beberapa ulama Islam di zaman dahulu telah cuba melahirkan kaedah takbir mimpi yang baik dan terkawal. Di antara mereka yang terkenal sebagai tokoh dalam bidang pengkajian ini ialah Muhammad bin Sirin (Ibnu Sirin).

Allah swt. mengkehendaki agar takbir mimpi itu terkawal, terutama mimpi-mimpi yang bersifat meramalkan kejadian masa depan (prophectic) kerana ilmu seperti itu dikurniakan kepada anbia' Nya dan hamba-hamba yang soleh supaya jangan ada tukang-tukang takbir mimpi yang mendabik dada mengetahui urusan ghaib selain dari Allah swt.

Ahli-ahli psikologi moden telah mengemukakan berbagai-bagai teori tentang mimpi. Kebanyakkan mereka memandang rendah kepada mimpi-mimpi itu. Menurut mereka tugas mimpi tidak lebih dari pernyataan angan-angan atau pemuasan angan-angan yang terpendam yang tidak dapat dilaksanakan dalam alam keyataan, atau dengan lain perkataan tugas mimpi adalah menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat dipecahkan dalam alam kenyataan; kerana itu mimpi dipandang sebagai gelanggang pelarian dari masalah-masalah hidup. Mereka menolak mimpi mempunyai tugas meramalkan kejadian-kejadian masa mendatang, mereka juga memutuskan hubungan mimpi dengan Allah swt.

Tetapi walau bagaimana pun mereka mengaku bahawa takbir mimpi itu adalah suatu kerja yang sukar, kerana mimpi menggunakan bahasa simbol dan lambang-lambang yang sulit, sedangkan bahasa dan lambang-lambang itu pula tidak bersifat standard dan universal. Mereka juga mengaku juga takbir mimpi itu telah diselubungi oleh berbagai-bagai kekarutan dan tahyul akibat dieksploitasikan oleh bomoh-bomoh sihir dan penipu-penipu yang berhasrat memerah kelompok dungu.

Adab Selepas Mimpi

Oleh kerana gelanggang takbir mimpi itu mempunyai banyak tempat-tempat gelincir, menyesat dan merunsingkan fikiran, maka dalam hadis ini Rasulullah saw. memberi satu garis bimbingan yang tegas untuk menghadapi mimpi, iaitu jika kita bermimpi baik dan menggembirakan maka bersyukurlah kepada Allah swt. dengan ucapan Alhamdulillah dan ceritakanlah kepada orang lain dan kepada mereka yang kita sayang dengan dengan harapan bahawa mimpi tersebut akan betul-betul berlaku dan sebaliknya jika kita bermimpi buruk dan merunsingkan maka pintalah perlindungan Allah swt. dari kejahatan syaitan yang mengaturkan mimpi-mimpi yang karut untuk menyiksakan manusia. Dan seterusnya jangan panjangkan perkara mimpi itu kepada orang lain, kerana mimpi itu tidak mempunyai kuasa sendiri yang boleh mendatangkan mudharat dan bencana kepada kita. Selepas bermimpi buruk juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :

1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)

2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.

3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.

4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu)


Kalau diamalkan perkara di atas, insyaallah, mimpi yang buruk itu tidak ada apa-apa kesan ke atas kita.

Mimpi Benar

Bagi mimpi yang benar, roh tersebut memang keluar (sambil sebahagiannya lagi berada dalam jasad) ke tempat-tempat yang tertentu. Ada yang bermimpi keluar dari bilik tidurnya dan melihat ayahnya sedang membaca suratkhabar di ruang tamu. Bila terjaga, didapatinya memang ayahnya sedang berada di ruang tamu, membaca suratkhabar. Mimpi sebegini digelar 'mimpi semasa', kita bermimpi berkenaan apa yang sedang berlaku pada waktu itu (in the current time, but not necessarily space).

Ada juga mimpi benar yang menunjukkan perkara yang akan berlaku. Ini terjadi apabila roh seseorang itu 'menjenguk' ke masa hadapan. Kerana itulah para pemikir Islam meyakini bahawa kelajuan roh mengatasi kelajuan masa.

Mimpi benar yang satu lagi ialah mimpi yang 'kelihatan' ganjil, atau mimpi qiasan, yang mana dalam keadaan ini roh tersebut memasuki alam yang lain, digelar alam ghaib. Alam ghaib ini ada banyak, antaranya alam barzakh (bila bermimpi bertemu orang yang telah meninggal dunia), alam jin dan sebagainya. Dalam mimpi jenis ini, seseorang itu mungkin bermimpi melihat tempat atau makhluk yang ganjil. Mimpi rambut menjadi panjang, mimpi dipatuk ular atau mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan. Mimpi yang disebut dalam Surah Yusuf, juga adalah dari jenis qiasan.

Mimpi Lagha

Mimpi akibat mainan syaitan dipanggil mimpi palsu, atau mimpi lagha atau lalai. Maksudnya lalai dari menyebut nama Allah swt. sebelum tidur (Is_haque). Biasanya mimpi jenis ini tiada sebarang makna, ataupun dusta. Dipercayai sewaktu mengalami mimpi jenis ini, hakikatnya adalah salah satu daripada dua keadaan :

1. Roh yang keluar 'berjalan-jalan' telah dikelirukan /ditipu oleh syaitan.

2. Roh tidak ke mana-mana, cuma di dalam otak atau fikiran sendiri (contohnya seorang yang terlalu ingin nak jumpa Siti Nurhaliza mungkin akan bermimpi sedemikian (Is_haque). Juga termasuk mainan syaitan.

Bimbingan

Inilah satu bimbingan yang amat praktis untuk menghindarkan manusia dari diganggu oleh mimpi-mimpi yang menyusahkannya. Apa yang perlu kepada mereka ialah hadapi kenyataan hidup sehari-hari dan serahkan masa depan itu kepada Allah swt. Jangan biarkan diri mereka dirunsingkan oleh mimpi-mimpi karut atau dipermainkan oleh tukang-tukang takbir mimpi yang cuba meraba-raba dalam alam ghaib.

Wassalam

Shamsul Kamal bin Main

Rujukan adalah dari pelbagai sumber yang sahih dan nyata. Boleh diberi kalau diminta. Harap maklum.



Dengan izin tuan moderator budiman. Saya bukanlah pakar atau ahli dalam bidang tadbir mimpi. Namun izinkan saya berkongsi pengetahuan dengan sahabat yang bertanya dan juga mungkin dengan sahabat yang lain. Diharap sisipan ini sedikit sebanyak dapat membantu, insya-Allah.

Mimpi Melihat Kematian

Miimpi yang mendapat tahu yang umurnya tidak panjang atau akan mati tidak lama lagi selalunya dipanggil mimpi kematian. Mimpi kematian terpecah kepada banyak jenis dan bahagiannya. Renungkanlah agar kita sama-sama dapat menjadikannya satu iktibar di masa hadapan, insyaallah.

Umar bin Subaih al-Sa'id berkata: "Saya bermimpi melihat Abdul Aziz bin Sulaiman memakai pakaian hijau dan di atas kepalanya ada mahkota yang diperbuat daripada berlian. Lalu saya tanya: "Abu Muhammad, bagaimana perasaanmu tentang kematian itu? Dan bagaimana keadaan di sana? "Dia berkata: "Ada pun maut itu, jangan tanya tentang kepedihan dan kesusahannya. Tetapi saya tidak merasakannya kerana kurnia Allah swt. kepadaku."

1. Penafsiran dan Penyesuaian
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati, kemudian dia hidup lagi, bererti dia mempunyai dosa kemudian dia bertaubat, berdasarkan firman Allah swt. yang bermaksud:

Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami." (al-Mukmin -11)

Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati tanpa didahului sesuatu penyakit dan hal-hal yang menyebabkan kematian, bererti umurnya masih panjang. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belum mati bererti sudah dekat ajalnya. Jika orang yang bermimpi itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak mati untuk selamanya, maka dia akan mati dalam perang sabilillah.

Sesiapa yang bermimpi, lalu dia dimandikan dan dikafani, bererti selamatlah masalah keduniaannya tetapi rosak agamanya. Sesiapa yang melihat imam (pemimpin negeri) mati, bererti akan terjadi bencana di negeri itu, sebagaimana juga bermimpi melihat terjadi bencana di satu negeri menunjukkan matinya imam negeri itu.

Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangis, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Bemimpi melihat tangisan mereka itu menunjukkan terjadinya sesuatu yang menggembirakan bagi mereka. Menurut satu pendapat bemimpi melihat matinya lagi orang yang sebenarnya sudah mati menunjukkan akan matinya salah seorang keluarganya.

Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta. Jika datang kepadanya khabar kematian seseorang, bererti akan sampai kepadanya khabar kerosakan agamanya dan meningkatnya masalah keduniaannya. Jika dia melihat seolah-olah anaknya mati, maka dia lepas dari musuhnya.

Jika dia melihat seolah-olah seseorang berkata depada seseorang: "Si Polan meninggal dunia ", maka terjadi kesusahan bagi yang memberitahukan itu. Jika orang hamil bermimpi mati dan orang lain menangisinya tanpa meratap, maka dia akan mendapat anak lelaki dan dia akan bergembira.

Menurut satu pendapat orang bujang yang bermimpi mati menunjukkan dia akan berkahwin, sedangkan orang berkahwin yang bermimpi mati menandakan dia akan bercerai. Ini kerana jika terjadinya kematian akan terjadilah perpisahan. Begitu juga orang yang berkawan intim bemimpi mati menandakan mereka akan berpisah.

Sedangkan mimpi meratap, sesiapa yang melihat seolah-olah satu tempat di tempat dijadikan tempat meratap, maka akan terjadi pentadbiran yang tidak baik di tempat itu yang menyebabkan ahlinya bercerai-berai.

Sedangkan mimpi menangis, ada dihikayatkan dari Ibnu Sirin bahawa beliau berkata: "Tangisan yang dilihat dalam tidur ialah sesuatu yang menggembirakan. Tetapi kalau tangisan atau ratapan itu disertai dengan tarian tidak baik mimpinya. Jika seseorang melihat ada orang yang mati, yakni orang yang dikenalnya, dan dia meratapnya dan membunyikan terompet, bererti terjadi musibah atau dukacita bagi orang yang dilihat itu atau bagi keluarganya.

Jika seseorang melihat pemimpin mati dan mereka menangis di belakang jenazahnya tanpa disertai dengan ratapan, maka mereka akan melihat sesuatu yang menggembirakan berlaku ke atas pemimpin itu. Sesiapa yang melihat seolah-olah pemimpin mati dan orang ramai menyebut-nyebutnya orang yang baik, bererti ada kebaikan dalam kepemimpinannya.

Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berada di tengah-tengah kumpulan orang-orang yang sudah mati, bermakna dia berada di tengah-tengah orang munafik, ertinya dia menyuruh mereka mengerjakan kebaikan tetapi mereka tidak mengendahkan suruhannya itu.

Sesiapa yang melihat dia pun mati dan tinggal bersama mereka bererti dia mati dalam bid'ah atau pergi merantau dan tidak kembali lagi.

Dan hikayat dan sebahagian mereka (ahli mimpi), sesiapa yang melihat seolah-olah dia bersahabat dengan orang mati akan pergi merantau jauh dan di sana dia mendapat kebaikan yang banyak. Jika dia bemimpi makan bersama orang-orang mati bererti panjang umurnya. Dan melihat matinya pemimpin menunjukkan dia akan digulingkan atau diberhentikan. Sedangkan melihat sakaratulmaut juga tidak baik mimpinya.
2. Memandikan mayat
Adapun mimpi memandikan mayat, sesiapa yang melihat mayat memandikan dirinya sendiri, bermakna keluarga atau anak-anak mayat itu lepas dari dukacita dan bertambah hartanya. Jika mayat itu dimandikan oleh seseorang, bermakna ada orang yang bertaubat di tangan orang yang memandikan itu.

Orang yang memandikan menurut asal mimpinya ialah peniaga yang banyak mendatangkan manfaat dan banyak membantu orang susah, atau juga dimimpikan sebagai orang mulia yang bertaubat di tangannya orang-orang yang berbuat dosa.

Sesiapa yang melihat bersama-sama orang yang memandikan, maka dia akan naik dan lepas dari kesusahan. Jika melihat orang-orang mati mencari orang yang membasuh pakaiannya, bererti orang mati, itu sangat berhajat kepada doa, sedekah dan orang yang akan membayar hutangnya dan melaksanakan wasiatnya. Jika orang yang bemimpi itu melihat seseorang membasuh pakaian orang yang sudah mati, bererti ada kebaikan dari yang memandikan itu yang sudah sampai bagi si mayat.
3. Melihat kafan
Manurut satu pendapat kafan dimimpikan dengan suka melakukan zina. Sesiapa yang melihat tidak sempuma pakaiannya, maka dia diajak melakukan zina tetapi tidak mengendahkannya. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia dibungkus dengan kain kafan seperti orang mati, menandakan dia akan mati. Jika dia lihat tidak tertutup kepala dan kakinya bererti ada yang kurang baik dalam agamanya.

Namun demikian terkadang kain kafan yang kurang bagi mayat diertikan sebagai dekatnya kepada taubat sedangkan kain kafan yang berlebihan diertikan sebagai jauhnya daripada taubat.

Sesiapa yang melihat seolah-olah kaum yang tidak dikenal menghiasnya dan memakaikan pakaian kemegahan kepadanya tanpa adanya sesuatu sebab seperti hari raya atau pengantin lalu mereka meninggalkannya bersendirian di satu rumah maka itu menunjukkan akan matinya.
4. Melihat keranda mayat
Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia diusung di dalam keranda, maka akan naik martabatnya dan banyak hartanya. Sesiapa yang bermimpi dimasukkan ke dalam keranda dan tidak ada orang yang mengangkat atau membawanya, bererti dia akan dipenjara.

Sesiapa yang melihat seolah-olah orang yang menghantarnya menangis di belakang kerandanya, maka baik mimpinya, begitu juga kalau dia melihat mereka memuji dan mendoakannya. Kalau dia melihat mereka tidak menangis dan tidak memujinya tidak baik.

Mimpi Sesama Manusia

Adakala kita sering bermimpi yang adakalanya kita berada dalam keadaan bahaya di mana ada orang yang memburu kita dan cuba membunuh kita serta sering berada dalam pelarian dan ketakutan. Baiklah, mimpi sebegini boleh dihuraikan kepada mimpi berjumpa dan melihat orang yang mana terdiri kepada empat golongan iaitu orang tua, kanak, orang yang dikenali dan juga orang yang tidak dikenali. Diharap penerangan di bawah ini boleh dijadikan panduan, wallahuallam.
1. Mimpi melihat lelaki yang dikenali
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata; "Bermimpi melihat lelaki yang dikenal menunjukkan akan mendapatkan sesuatu daripadanya, dari orang yang mirip dengannya atau yang satu nama dengannya."

Maksud bemimpi menerima barang-barang berharga daripadanya bererti mendapatkan sesuatu yang dicita-citakan daripadanya. Kalau yang bermimpi itu orang yang layak menjadi pemimpin dan dia melihat menerima kemeja baru daripadanya, maka dia akan memimpin orang itu. Bermimpi menerima tali dari seseorang bererti ada berjanji denganya.
2. Melihat orang tua
Melihat orang tua yang tidak dikenal atau yang berumur 35 tahun ke atas menunjukkan terbatasnya umur orang yang bermimpi itu. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mengikuti orang tua, bererti dia mengikut kebaikan. Sesiapa yang melihat orang tua Rasytaq, bererti dia mendapat kawan yang luas atau ganas dan melihat orang tua Turki bererti dia mendapat kawan yang baik.
3. Melihat pemuda / tidak dikenali
Mimpi pemuda adalah musuh. Bermimpi melihat pemuda putih merupakan musuh yang tersembunyi, pemuda hitam adalah musuh yang kaya, pemuda berkulit kemerah-merahan merupakan musuh yang tua.

Jika orang yang bermimpi itu melihat diikuti oleh pemuda bererti dia akan berjumpa dengan musuh. Jika dia melihat bertembung melihat orang tua berubah menjadi anak muda, maka bermacam-macam mimpinya. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kesenangan. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kemerosotan, sama ada masalah dunia atau agamanya, ada yang mengatakan dia akan mati.

Jika dia melihat pemuda yang tidak dikenal dan sangat marah melihatnya, maka dia akan berjumpa dengan musuh yang sangat dibenci orang. Jika dia senang melihatnya, maka dia akan bertemu musuh yang disukainya.

Perempuan yang melihat perempuan muda dalam tidurnya bererti itu adalah musuh baginya dalam keadaan apa pun. Tetapi bermimpi melihat perempuan tua, bererti itu dunianya. Jika dia melihat wanita itu berhias mendedahkan auratnya, maka dia akan mendapatkan kesenangan dunianya. Jika dia melihat wanita tua itu berpaling muka, maka hilanglah kemegahannya.

Jika dia melihat orang tua masuk ke dalam rumahnya bererti dia akan mendapat kesenangan dunia dan jika dia melihatnya keluar dari rumahnya bererti hilang kesenangan dunianya. Kalau dia melihat wanita tua itu bukan Islam bererti kesenangan yang itu kesenangan yang haram, tetapi kalau Islam bererti kesenangannya itu kesenangan yang halal.

Jika dia melihat seolah-olah wanita muda bertukar menjadi wanita tua menunjukkan baiknya dunianya. Jika ada lelaki melihat wanita tua yang tidak suka kepadanya sedangkan dia suka melihatnya bererti dia susah mendapat kesenangan dunia. Jika wanita itu nampaknya suka kepadanya, maka dia mendapat kesenangan dunia sekadar kesukaan wanita tua itu.
4. Melihat kanak-kanak
Mimpi kanak-kanak ialah musuh yang lemah. Jika ada lelaki yang bermimpi seolah-olah dia berubah menjadi kanak-kanak bererti hilang maruahnya. Namun demikian mimpinya itu menunjukkan akan hilangnya kesusahannya. Jika dia melihat seolah-olah mendukung kanak-kanak, bererti dia akan mentadbir kerajaan.

Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belajar Quran atau adab bererti dia lepas dari dosa. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mempunyai anak yang ramai bererti akan menghadapi kesusahan kerana mengurus kanak-kanak pun banyak kesusahannya.

Menurut hikayat, ada seorang lelaki mendatangi Ibnu Sirin dan berkata: "Saya bermimpi seolah-olah di bilik saya ada kanak-kanak menjerit" Maka Ibnu Sirin berkata: "Takutlah kepada Allah dan janganlah memukul orang dengan kayu."

Melihat kanak-kanak perempuan dalam tidur bererti mendapat keringanan dan kemudahan setelah, menghadapi kesusahan. Sesiapa yang bermimpi membeli hamba abdi bererti dia mendapat kesusahan dan sesiapa yang bermimpi membeli hamba sahaya akan mendapat kebaikan.

Jika ada hamba abdi, yang belum akil baligh, bemimpi seolah-olah dia sudah baligh bererti dia akan merdeka. Jika dia melihat seolah-olah sudah baligh, lalu diberikan kepadanya kain putih, maka dia akan mengahwini perempuan merdeka. Jika dia melihat diberikan kepadanya pakaian hitam bererti dia menikahi perempuan bekas hamba sahaya. Jika dia melihat diberikan pakaian merah bererti dia akan mengahwini perempuan mulia. Tetapi jika orang yang sudah tua bermimpi seperti ini maka dia akan mati. Jika orang yang mengerjakan maksiat tersembunyi melihatnya, maka akan ketahuan perbuatannya.

Sesiapa yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah akil baligh, bererti itu merupakan kemegahan dan kekuatan baginya. Tetapi kemegahan dan kekuatan itu lebih besar kemungkinan berlaku pada ibu anak itu. Perempuan yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa, bererti satu kebaikan yang akan datang kepadanya. Nainun demikian kata satu pendapat orang yang mempunyai anak kecil, kemudian dia melihat seolah-olah sudah dewasa, bererti menunjukkan akan matinya. Kata yang lain lagi melihat kanak-kanak seolah-olah sudah menjadi dewasa menunjukkan kepada kekuatan dan pertolongan.

Ada orang yang isterinya sedang hamil bermimpi seakan-akan lahirnya anak lelaki tetapi rupanya isterinya melahirkan anak perempuan. Ada juga yang bemimpi mendapat anak perempuan tetapi dia mendapat anak lelaki. Bahkan ada juga yang tepat seperti yang dilihatnya dalam mimpinya itu.

Ada seorang wanita di Makkah bermimpi seakan-akan di sekeliling Ka'bah ada bidadari-bidadari yang sedang memegang wangi-wangian. Tiba-tiba ada orang berkata kepada wanita itu: "Tahukah engkau bahawa Abdul Aziz bin Abu Daud berkahwin malam ini?" Setelah terbangun rupanya Abdul Aziz sudah mati.

Kesimpulan 

Seperti yang telah katakan pada email saya yang lalu, semua kejadian dan takdir serta ajal maut adalah rahsia Allah swt. Kita boleh berdoa sebagai satu alat perhubungan atau permintaan kita kepada-Nya.Berdoalah dan mintalah dari-Nya.Minta yang baik, maka baiklah datangnya tetapi meminta yang buruk, buruklah jadinya, wallahuallam.

Kita juga boleh mengamalkan adab-adab ketika lepas bermimpi seperti mimpi tersebut amat menghantui kita, disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :
1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)

2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.

3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.

4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu) dan berdoalah agar kita dijauhkan dari musibah dan bencana serta mintalah yang baik-baik serta perlindungan dari-Nya.



Kalau diamalkan perkara di atas Insya-Allah mimpi yang buruk itu tidak ada apa-apa kesan ke atas kita, wallahualam.

Sekian dahulu.

Wassalam

pendapat sis mengenai cinta

assalamualaikum..

ok ada kawan2 sis tanya, apa yang sis tahu mengenai cinta. so hari ni sis nak jawab la apa maksud cinta bagi sis..

bagi sis cinta ni teramat indah bagi yang halal dan cinta ini boleh membawa merana kalau cinta itu tanpa ikatan yang sah. Zaman sekarang banyak yang nak couple. Dorang kata couple ni best. tapi tahu tak yang couple ni haram? kerana couple banyak maruah yang tergadai terutama wanita. banyak anak yang dibuang. anak tu hasil penzinaan antara pasangan kekasih.. belum lambat untuk bertaubat. ^_^ manusia hanya memikirkan keseronakan. kepuasan merka sendiri. akhir sekali merana. bayi dibuang sini sana, masa depan gelap, maruah tercalar. fikir sebelum buat. jangan hanya mengikut nafsu dan tergoda oleh hasutan syaitan ja.

sabar la menunggu cinta yang halal.. cinta yang halal ni diberkati Allah. InsyaAllah keluarga akan bahagia. orang akan ketawa kalau cakap pasal kahwin muda. kalau kahwin tu boleh menghindarkan diri daripada melakukan maksiat. kahwin jer la.. tapi yang adik2 ni pun perlu juga fikir. Mampukah masjid yang korang bina boleh kukuh? jika boleh teruskan. at least biarlah ada kerja dulu, nanti baru boleh sara anak isteri. . ni tidak kahwin tanpa kewangan yang kukuh, mesti macam2 boleh terjadi. antaranya penceraian la. kalau boleh biarlah masjid yang terbina tu kekal hingga akhir hayat.

cinta monyet ni pun boleh menjatuhkan maruah keluarga. majoriti pasangan couple ni suka berdating. apa korang buat time berdating..? ada yang cakap "alah kami berdating bukan buat apa2 pun, just jumpa ja" ingat ! dating ni salah satu dekati zina. kalau dating berdua tu fikir2 kan lah sapa yang ada kat tengah2 tu... ketawa terbahak2 la yang ketiga tu. tunggu masa ja taw ^_^

bagi yang dah bertunang ni pulak. korang kena ingat korang belum kahwin, so jangan memandai-mandai acting macam korang dah kahwin. haram tetap haram. selagi belum kahwin korang di bawah kawalan ibu bapa. yang tanggung dosa korang pun ayah korang lagi. kesian !. erm3.. dah jangan buat dah ^_^

ni just pendapat sis.. tak salahkan sis bgi pendapat yang betul? kita sebagai orang islam ni kena la saling memperingati. kadang2 sis pun terlalai juga. so sama2 lah kita ingat taw ! ^_^. so dah jawab kan persoalan tu.. bye2..assalamualaikum

Remaja Perlu Tahu Batas Melayani Perasaan Cinta

ASSALAMUALAIKUM. KEMARIN ADA PESTA TANGLUNG KAT KOLEJ MATRIKULASI KEDAH, SO SIS BERPELUANG UNTUK TAHU DENGAN LEBIH MENDALAM TENTANG KEBUDAYAAN ORANG CINA. SO HARI NI SIS NAK POST PERKONGSIAN ILMU UNTUK SEMUA. HOPEFULLY LIKE IT ^_^


Zaman remaja ialah zaman yang penuh pancaroba. Perubahan emosi, fizikal dan seksual di peringkat ini ialah antara pendorong kepada remaja meneroka satu dimensi baru dalam alam mereka, iaitu alam percintaan.
Bagi remaja yang baru melangkah ke alam ini sering kali berasa serba salah. Sungguhpun mereka berasa seronok dibuai perasaan oleh pengalaman baru ini, mereka juga berasa bimbang dengan cabaran yang bakal mereka tempuhi. Banyak berita di pelbagai media melaporkan tentang akibat remaja yang bercinta seperti lari dari rumah, dijadikan pelacur, malah ada yang membunuh diri dan seumpamanya. Namun, benarkah perasaan cinta yang baru berputik di dalam jiwa remaja hanya membawa keburukan dan kemusnahan kepada diri remaja?
Ramai pihak berpendapat bahawa sebenarnya cinta remaja boleh membawa kesan yang positif kepada mereka. Malah, perasaan cinta itu boleh menjadi pendorong kepada remaja untuk berjaya dalam pelajaran. Dalam hal ini remaja perlu tahu batas-batas dalam melayani perasaan cinta mereka dan juga cara-cara mengendalinya secara positif.

Menurut Kaunselor Unit Kerjaya dan Kaunseling, Universiti Teknologi Mara, (UiTM), Rokiah Mahmod, cinta remaja adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
"Setiap manusia dianugerahkan fitrah ini dan remaja tidak terkecuali mengalaminya.
"Kasih sayang dan cinta yang dipupuk pada peringkat ini adalah satu permulaan kepada remaja mengenali individu lain selain keluarga. Pengaruh rakan sebaya ialah antara pendorong kepada pengurangan penggantungan kepada ibu bapa," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, hubungan yang rapat antara dua remaja akan menimbulkan perasaan kasih sayang yang membawa kepada sikap menghormati, dan mengambil berat antara satu sama lain.
"Keserasiaan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran apabila timbul satu persaingan yang sihat antara kedua-dua remaja tersebut," katanya.
Perkongsian pendapat, ulang kaji dan latihan dalam setiap pembelajaran yang dilakukan bersama dilihat dapat membantu remaja yang bercinta untuk mendapat kejayaan yang diimpikan dalam perhubungan itu.
Menurut Rokiah lagi, walaupun remaja mempunyai hak untuk bercinta, batasan pergaulan yang ditetapkan dalam agama harus diambilkira dalam memastikan hubungan yang berasaskan kemurnian dan keikhlasan yang sejati.

cinta remaja ini juga menjadi perhatian serius Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKPKN). Bagi membantu remaja mengendali diri dalam menghadapi cinta, LPKPKN telah menganjurkan Kursus Naluri Cinta Remaja baru-baru ini.
Kursus ini ialah sebahagian daripada Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga yang memberi pengetahuan yang berguna mengenai cinta kepada remaja, ibu bapa dan pihak lain yang berminat.
Menurut Pegawai Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Perkhidmatan Maklumat, LPPKN, Fouziah Hanim, objektif kursus ini antara lain untuk memberi kefahaman dan pendedahan tentang aspek psikologi cinta dan hubungannya dengan remaja.

"Melalui kursus ini juga, pihak terbabit termasuk remaja dapat dibimbing untuk mengurus dan mengelola diri dalam menangani isu cinta dengan lebih bijak dan matang," katanya.
Fouziah yang juga pemudahcara kursus terbabit berkata, cinta di peringkat remaja agak kompleks kerana pada masa itu remaja mengalami satu proses perubahan dari alam kanak-kanak ke alam remaja yang membawa kepada pelbagai konflik dalaman yang unik.

"Oleh itu, untuk mendalami keadaan ini, remaja dan ibu bapa khususnya, harus berupaya mencari arah tuju cinta remaja yang sebenarnya dengan membangkitkan persoalan wajarkah remaja bercinta, jenis-jenis cinta remaja, perubahan dan perkembangan fizikal, emosi dan kognitif remaja" katanya.
Menurut pegawai Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Daim Jazuli Islam menggalakkan rasa cinta tetapi cinta yang diamalkan oleh kebanyakan remaja masa kini membawa kepada keasyikan yang menyebabkan berlakunya pelbagai kejadian buruk seperti bohsia, bohjan, kes membuang bayi dan sebagainya.

"Dunia remaja sememangnya penuh dengan pelbagai perkara yang menyeronokkan selain ribuan cabaran dan godaan," katanya.
Sehubungan itu, katanya, percintaan remaja yang bukan berpaut kepada hukum Allah dan pemikiran remaja yang masih mentah mengenai cinta akan membawa kepada kesan negatif kepada perkembangan sosial dan emosi remaja sendiri.
Oleh itu, sebagai remaja, percintaan yang dipupuk antara mereka mestilah berasaskan perspektif, syariat dan prinsip Islam agar perhubungan itu dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.


Tuesday, August 28, 2012

aku dambakan cinta halal


Masalah hati sering dikaitkan dengan remaja..remaja yang di mana hidup di dunia yg penuh fasyar dan mungkar..

Bila berbicarakan tentang hati, saya teringang-ngiyang di fikiran akan penulisan Hanan Umairah yang merujuk kepada Ayat Baqarah 216:

" Jika kita merampas sesuatu nikmat sebelum tiba  masa yang sepatutnya, kita tidak akan merasa nikmatnya apabila masanya telah tiba"..
Kenyataan ini benar kerana apabila kita menikmati cinta sebelum ikatan pernikahan, maka kita tidak akan merasa perkara yang sama selepas pernikahan. Amalkan cinta yang halal dan asbab itu kamu akan merasa kemanisan dan ketulusan sebuah ikatan perkahwinan.

Memang tidak dinafikan cinta adalah keindahan, ianya hanya menjadi indah jika cinta itu halal dan jika sekiranya kita merasakan cinta itu indah apabila bercouple,maka keindahan itulah yang dibuaikan dan dialunkan oleh nafsu dan tipu daya syaitan.

"Tawanlah hati sebelum kita menjadi tawanan"
Mengapa kita sering memikirkan hal cinta?
Ianya adalah fitrah manusia kasih dan mengasihani tetapi janganlah dijadikan alasan untuk terjebak di alam couple yang lebih melalaikan..pemikiran sebegini biasa berlaku apabila kita meningkat remaja, walhal pada masa dan ketika penulis menulis coretan ini, jiwa bergelora dan meruntun apabila melihat ramai yang sedang "berbahagia"..akan tetapi aku yakin Allah sedang merencanakan sesuatu di dalam perjalanan hidup aku supaya hidup ini di jalan diredhai..

"Dunia ini diibaratkan seperti ladang dan kita( manusia ) sebagai petani dan di akhiratlah kita akan mengutip hasil nya"

Perasaan cinta bukanlah asing dalam diri manusia, semuanya pasti akan merasa tetapi apa yang membezakan ialah bagaimana menangani cinta..cinta secara halal mahupun cinta yang haram?..

KUNCIKAN PERASAAN...

perasaan ini pernah wujud dalam diri ini muncul secara tiba-tiba.normal kan..biarlah ku kuncikan perasaan ini terlebih dahulu..pernah ku baca jika kita mencintai seseorang biarlah kita mencintai nya secara diam,jika dia adalah jodoh kita..Allah akan merencanakan dia untuk kita..tetapi jika tidak,dia bukan lah milik kita..aku khuatir jika cinta dan rindu ini melebihi cinta ku kepada Illahi...bukan cinta berbicara melalui tutur dan kata tetapi biarlah cinta yang akan ku dapat itu adalah cinta yang nurani yang bersaksi dan berpaksikan ijab dan qabul.

Aku yakin sejauh mana pun aku merentasi, sekuat mana pun dia berlari dan gunung mana pun kami mendaki..jika dia adalah jodoh ku..kita akan bertemu jua wahai si bidadari..

Aku mengerti hidup ini lebih bererti dengan kurniaan dari Illahi..aku berdoa agar hati ini tidak mudah rapuh tika berpaling ke arah duniawi..perlu diingatkan dunia kita cari, akhirat kita berlari...
Biarlah aku menempuhi cinta ini bila aku lebih memahami cinta kepada Illahi.

Jika benar tiada jodoh,aku sering mengingatkan diri ini :
"patah tumbuh hilang berganti".Yang penting Allah sentiasa di sisi..


Cinta boleh menjadi adalah satu keindahan,
yang bisa menjadi kan mawar menjadi duri,

Cinta adalah satu anugerah,
jangan mengubah menjadi fitnah,

Cinta adalah muhibbah.
jangan ditukar menjadi musibah.

"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan
agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." -Imam Nawawi

Monday, August 27, 2012

batas pergaulan dalam islam


Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut Islam :
1. Menundukkan pandangan
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)
2. Menutup Aurat
ALLAH berfirman : ..dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.(Al-Ahzab : 59)
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis.
Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan
Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44)
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya.Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “Telah ditetapkan bagi setiap anak Adam bahagian dosa daripada zina yang pasti akan ditemuinya. Kedua mata dosanya melihat, kedua telinga dosanya mendengar, lidah dosanya membicarakannya, kedua tangan dosanya memegang, kedua kaki dosanya melangkah, dan hati dosanya membayangkan atau mengangan-angankan. Semua itu akan dinyatakan atau tidak oleh kemaluannya.” (Riwayat Muslim)
*Al-Bukhari juga meriwayatkan hadis ini secara ringkas.
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Saturday, August 25, 2012

tutuplah aurat wahai muslimah


Sungguh jelas dan tingginya martabat wanita muslim dalam Islam. Selaras dengan jawapan di atas, berikut adalah dalil yang memperelokkan hujah tersebut
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)
Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan perihal mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna).

Berikut beberapa hikmah menutup aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas secara ringkas:
1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa (Memuliakan Wanita). Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah.
Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan ALLAH. Maka, renungilah ayat berikut:
“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma’ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik” (09:67)
2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat (Mengelak Fitnah). “kerana itu mereka tidak di ganggu”. Bagi point yang kedua ini, saya ingin membawakan satu perumpamaan. Andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu “show” yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk “mendapatkan” wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya.
Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap berjilbab. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat. Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita, “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat).” (33:32)
3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim (Ketinggian Islam). “supaya mereka lebih mudah untuk dikenal” Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.
4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit (Hikmah dan Kelebihannya). Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda. Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif.
Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh ALLAH sejak lama dahulu lagi. Dan ianya terbukti tiada kesan sampingan.

Jadi, sebenarnya penolakkan untuk menutup aurat ialah satu kepalsuan yang nyata. Kepada yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna, satu saja soalan yang paling boleh dilontarkan kepada mereka. Cuba buktikan Adakah pemakaian yang menutup aurat itu boleh membahayakan kesihatan empunya diri ?, atau adakah dengan menutup aurat itu boleh mengugatkan keharmonian negara ? atau Adakah dengan menutup aurat tersebut menyebabkan ekonomi negara menjadi mundur?.
Tentu jawapannya tiada  isu untuk itu kan (menutup aurat)…
Jadi tepuk dada tanya Iman.. dan insyaAllah ini juga suatu peringatan buat si Renjuna yang juga mempunyai isteri dan anak perempuan yang perlu dididik mematuhi prinsip Islam.
WallahuAllam

cinta menurut pandangan islam

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan. 

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. 

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap. 

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w. 

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji. 

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam. 

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w. 

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. 

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa seperti pembunuhan kejam terhadap Allahyarham Norzi Ayu Md Nor baru-baru ini serta beberapa contoh yang lain.


credit : yayasan dakwah islamiah